Saturday, 3 December 2011

Ombak rindu

Ombak rindu. Siapa je yang tak mahu tengok kan? Lebih-2 lagi, perempuan yang meminati novel, tak kesah la minat ke tak minat. Yang penting, semua mahu tengok, semua nak layan, semua nak feeling cerita ni. Ya, begitulah jugak aku dengan kawan-2, sangat-2 gelojoh tak menyempat. Time cerita tu keluar, 1 dec, time tu jugaklah ktorang berebut-2 nak pergi. One Shamelin tak ada, ktorang mencari jugak kat Viva Home semata-2 kerana ombak rindu. Itulah bahana ombak rindu. Hehe. 


Lepas habis kelas pukul5, terus rushing nak pergi Viva sebab takut tiket pukul7.30 habis. Dengan hujan lebat, air hujan melimpah di jalanan, dengan di follow anjing, semua diharungi ktorang dengan baik. Paling tak tahan kena follow dengan anjing kecik molek, memang kecik tapi terkedek-2 follow belakang macam nak gigit orang. Last-2 aku lari, takut wey. HAHA. 


Time ni kat tengah-2, bentuk 3, iaitu tingkat 3. HAHA. Aku sedap je online kat situ, nasib ada wifi, kalau tak, takkan aku boleh upload banyak gambar kat twitter ngan fb? HAHA. Dorang pulak pergi main kat kedai game tu ha, main apa pun entah, lupa. Aku online je, sorry. Hee.



Muka bahagia tak time nih? Hehe. Time ktorang nak bayar tiket wayang tu, abang kaunter tu teruk tau. Dia gedik nak cakap-2 ngan ktorang. Yelah, ktorang kan bising, gelak-2. Pastu, time dah habis bayar tu, abang tu cakap kat aku, 'nanti kat dalam jangan cakap banyak-2 tau'. Takguna betul, dia perli ktorang. Sukahati je. HAHAHA. Lepas aku cerita kat Hani ngan Aliaq, dorang gelak-2 je. Siot punya abang kaunter, nasib hensem. Hehehehehe. 


Gelap kan. Hehe. Time ni kat dalam panggung wayang. Okay, komen aku pasal cerita tu, aku sedih gila tengok cerita ni. Serius! Aku kan memang macam ni, cepat tacing. Aku takboleh tengok drama macam tu, nanti aku meleleh. Aku rasa puas sangat lepas menangis tengok cerita tu. Dengar lagu dia je dah buat aku tersedu-sedan kat dalam tu. Aliaq siap hulur tisu kat aku, walaupun aku still ada tisu. Hehe. Aku sukaaaaaaa sangat! Ada rezeki, boleh tengok ngan orang tu. Insya Allah :)


Last picture from me! Nasib Viva ni lawa. Tapi baru dua kali je pergi masuk ni, walaupun dekat je ngan kolej. HAHA. Sorry ya, income takda. Tunggu MARA. Pffffttttt! -.- Hehehehe. Tataaaaaa! :)

No comments:

Post a Comment