Hehehe. Hari ni, hari ahad, memang takda plan dan nasib baik ada jejaka yang menawarkan diri nak ajak saya keluar. HAHAHA. So, macam biasa Anniq yang semalam, bawak aku jalan-jalan lagi hari ni. Tapi kali ni aku ajak lah adik aku si Nurul tu, so takdelah bosan sangat. Ada jugaklah yang memegang kamera, senang aku nak bergambar kan? Hehe. Tujuan hari ni ke Extreme Park dekat Shah Alam. Ataupun, nama tempat dia Taman Botani Shah Alam. Kali ni, perjalanan tak terasa jauh dah, betul kata Anniq, kalau selalu pergi, mesti rasa biasa je. Macam aku ni, jarang sangat ke Shah Alam, takpun tak pernah langsung! So sad. HAHA. Plan mula-mula, ingat nak kayuh basikal, Anniq kata best naik basikal sampai ke puncak, dia nak tengok aku penat ke tak, dah la aku malas betul bersukan. HAHA.
Tapi malangnya, basikal full, semua dah habis, so cara yang terbaik jalan kaki jelah kan. Tapi kesian Anniq, atotooooo, lutut dia sakit, sebab main futsal tak ingat dunia semalam, sampai 5 pagi. So, ni lah akibatnya. jalan pun berdengkot-dengkot. Kesian pulak kat dia, so jalan sikit-sikit je. Sikit-sikit je jalan tadi kan? Tapi sikit-sikit tu jugaklah berpeluh tak ingat dunia, mengalahkan jalan kaki sampai ke hujung pulak, padahal baru jalan sikit dah patah balik. HAHA. Gila jeles okay, tengok orang naik basikal, aku asyik cakap jeles je, then Anniq pujuk balik, cakap nanti kita datang sini lagi okay? Awak cakap je nak pergi mana, saya bawakkan. Yeahhhhhhh! hehehehe.
Kat sini ada banyak section untuk pengunjung, ada tempat nak buat aktiviti lasak, macam berkayak, berbasikal, flying fox semua tu. Then, ada taman haiwan, ada rabbit, burung, rusa, kuda, ayam pun ada tauuuuu! Tapi maaf lah ayam ya, saya tak jenguk awak tadi, awak tu tak komersial, dah selalu tengok, naik boring dah. HAHA. Then , jalan sikit-sikit je. pastu rehat kat pondok rehat. Tangkap-tangkap gambar, lepas tu dah! Balikkkkkk! HAHAHAHA.
Oh okayyy. Sampai di sini saja. Next planning akan di updated kemudian. Oh yeah! Thank you Anniq for the jalan-jalan cari angin. Hehe. Gonna miss, karaoke dalam kereta, bb macam hak sendiri, jeling-jeling orang sebelah. HAHA. Nanti nak pergi tempat ni lagi. Nak berbasikal pulak. tataaaaaaa! :D













No comments:
Post a Comment