Tuesday, 7 February 2012
Girls day out!
Hey, hari ni aku agak excited jugaklah sebab dapat jumpa kawan-kawan sekolah aku yang dah lama terpisah ni. Boleh dikatakan, dalam setahun jugaklah ktorang tak berjumpa. Lagi-lagi, si gadis tinggi lampai, Wani namanya, awek kelate. HAHA. Dia ni belajar matrik kat Penang, sebab tu jarang sangat dia balik rumah, sudahnya aku langsung tak berkesempatan nak jumpa dia. Macam Alyani dengan Hurin, dorang ni belajar kat banting Selangor, even dekat pun, ada je halangan nak jumpa dorang. Al-maklumlah, masing-masing busy. Sorang tu Alyani, belajar kat Kolej Mara Banting, tak lama lagi akan di transfer ke oversea, yang Hurin pulak belajar matrik kat Banting jugak. Nadia tak dapat lagi jumpa dia, dia sekarang dekat Universiti Malaya. Pergh. Kawan-kawan aku semua hebat belaka, aku je jauh sangat ke hadapan. HAHA. Yang penting, seronok gila dapat lepak sama. Sarangheoooo! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment