Saturday 19 November 2011

Benci lawan sayang

Hari ni baru terasa nak update blog, hati tengah senang. Hihi.


Khamis, 17 nov hari tu, aku ada pendaftaran kolej bagi pelajar uitm Aku benci kan tarikh tu? Ya! Memang pun. Awal-2 pagi aku dah gerak dengan ayah, banyak sangat yang nak diuruskan. Aku kena jumpa orang then orang ni. Memang penatlah kan. Lepas dah settle tu, aku lepak kat corner-2 kolej tu dekat luar. Kebanyakkan ramai senior je yang dari sem 4 semua. Aku rasa tak ramai yang batch ngan aku time tu. Tapi aku duduk relax je, buat eksyen. HAHA. 

Menunggu dan menunggu, orang semakin bersesak, mentari semakin memancar. Cehh! Yang penting, aku still dekat kedudukan yang sama, pada tempat yang sama, bersama orang yang sama. HAHA. Text Hani, dah sampai mana, dia cakap lagi 1/2 jam. Ergh. Lama jugak nak kena tunggu. Then, Afnan call, aku tengah drive ni kau tunggu la kejap yunk jangan kacau aku. #banyaklah kau kau punya yunk, sapa yang sayang kau? HAHAHA. Lebih kurang, setengah jam lepas tu, barulah nampak muka Hani, Ila, dengan Haza, Aliaq. Ya Allah, daripada aku muka masam, nampak dari jauh je, aku dah lambai-2 tangan dah.



Bila dorang sampai terus peluk-2, jerit-2, tak pasal terus gelak-2 sebab aku gelak dulu. Semua orang pandang, dah ktorang je yang bising. HAHA. Then, Mira pulak yang sampai, dengan boyfriend dia sekali okay. Malangnya si boyfriend menunggu dalam kereta. Tapi dah tengok dah boyfriend dia dekat-2, handsome, cuma kurus sikit. Mira kata dia dah kurus. 

Lepas selesai semua benda, ktorang keluar. Saja nak berseronok. Best gila sebab dah lama tak keluar sama. Sebelum tu, sempat jugak singgah hostel, ya Allah bilik aku tu bau dia tak sedap betul sebab dah lama tertutup, yelah sebulan lebih kot cuti. Lepas tu, Aidil ambik dekat hostel, nasib baik. HAHA. Then, dia hantar pergi ts. Thanks bro! Hee


No comments:

Post a Comment