Wednesday 16 November 2011

17 nov, I HATE YOU

Tarik nafas, lepas. Huh!

Aku benci tarikh ni, sebabnya tarikh ni aku dah kena daftar untuk register sem 2 nanti. Aku tahu, aku over, padahal rumah aku kat cheras je pun, tetapi ke-over-an aku, melebihi segala-galanya kerana! Kawan aku yang duduk jauh daripada Kedah, Perak, tak ada pun yang merungut atau apa. Yang pasti, aku tetap jugak benci.

Aku ada alasan aku sendiri kenapa dan mengapa.

Bertimbun-timbun masalah, aku dah cuba, dan maaf ayah, kaklong dah cuba memahami, dah cuba nak tolong dan akhirnya aku sendiri nak give up. Duit banyak sangat nak pakai dengan adik aku yang semuanya makin membesar bukannya makin mengecil tu. Ayah relax je, chill je, tapi aku tahu ayah susah hati. Tiap kali ayah balik kerja, aku cuba taknak ayah hilang mood. Aku sediakan makanan siap-siap, kemas meja makan siap-siap,  so nanti ayah balik ayah senang hati.

Aku bodoh, jadi anak yang pemalas. Sepatutnya aku pergi kerja dulu, dan sekarang baru aku nak menyesal. Aku duduk rumah, cuma tolong siapkan semua kerja mak, dan siapkan apa-apa yang patut. Sekali lagi, aku menyesal.

Aku jugak bodoh, kenapa dari mula tak belajar sungguh-sungguh, aku rasa aku dah buat yang terbaik, aku rasa study aku dah cukup, aku rasa aku dah bersedia bertarung, hakikat semuanya itu terdapat banyak lagi kekurangan. Disebabkan itu, aku terpaksa repeat balik subjek akaun aku untuk semester 2 ni. Lagi sekali, damn!

Aku bukan malu nak jejakkan kaki kesitu lagi, tak. Aku cuma belum bersedia. Aku taknak rasa pilihan aku ni salah. Ataupun aku belum cukup kuat lagi untuk semester akan datang ni. Ini semua aku tahu bukan susah, tapi aku sendiri yang suka menyusahkan diri aku sendiri. Apa nak jadi.

Aku berserah esok, lepas aku pergi, tak kesah lah jadi daftar ke tak, lepas tu aku nak balik. Muktamad!
Kbai!

No comments:

Post a Comment