Wednesday 16 November 2011

Ohh, hujan-man




Jejaka berkaca mata hitam, berkulit putih, rambut disisirkan ke tepi kalah style indie band, bertubuh sangat kurus mengalahkan setahun awak tak makan, yeah itu awak.

Sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk menambah kekurangan jumlah topup, siang atau malam tiada siapa yang akan mengagak bilakah awak akan menelefon, saling bertukar cerita sesama sendiri, berbalas sindiran mahupun kutukan meskipun amat menyakitkan hati, hakikatnya saya cuma gadis bertudung yang biasa, tidak sangat mnyerlah ataupun terkenal.

Saya bukanlah dari keluarga yang kaya, yang punya harta duit berkepuk-kepuk. Hakikat, saya cuma dari keluarga yang serba sederhana yang suka berkawan, dan mempunyai kawan.

Saya tak pernah membataskan siapa atau bagaimana orang yang mahu berkawan dengan saya. Yang pasti, awak lain dari yang lain meskipun awak suka bersosial, rajin keluar malam, kuat menghembuskan asap disekitar.

Yang pasti, saya senang berkawan dengan awak. :)


#tahu post ni agak bodoh, 
tetapi pengalaman banyak mengajar kita untuk lebih menghargai. :)

2 comments: